Sunday, June 18, 2017

Pelan PSS Baitul Hikmah

Pss  Smk Kompleks KLIA telah 16 tahun beroperasi yang dikendalikan oleh Pn Mas Ayu. Pada tahun 2016 En. Azudin telah diamanahkan untuk mentadbir pusat sumber sebagai GPM. Usaha Pn Mas Ayu dan AJK PSS pada 2015 telah berjaya mengadakan program Bacathon dimana untuk mengumpulkan dana bagi menaik taraf pusat sumber. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan sokongan seluruh warga SMK Kompleks KLIA. PSS telah berjaya mengutip dana sebanyak rm55k. Dengan jumlah tersebut pusat sumber ditukar wajah sepenuhnya dengan perabot dan suasana baru.

Program Bacathon : dana mentransformasikan PSS 

PSS mendapat nama Baitul Hikmah hasil dari pertandingan menamakan pss SMKKKLIA. PSS Baitul Hikmah bertempat ditingkat 2. Sebelum ini jumlah pengunjung pss sangat mendukacitakan dan ada cadangan untuk mengubah tempat PPSBH ke aras bawah tetapi tiada tmpat baru yang boleh dijadikan bilik pusat sumber. Faktor lain adalah disebabkan rekabentuk PSSBH yang unik dengan keadaan yang melengkung. Keadaan ini menyebabkan agak sukar untuk menempatkan perabut, susunan rak buku, bilik akses dan unit-unit lain dalam pss.
Pelan lantai PSS Baitul Hikmah

0 comments:

Post a Comment