#htmlcaption1 Go UP! Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Sunday, June 18, 2017

kad Pustakawan, Pelajar dan guru & Staff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kami di PSSBH telah menggunakan sistem sirkulasi atas talian (pss.tarantula.my) untuk memproses buku. Sistem tersebut juga menyediakan fungsi untuk mmbuat kad keahlian PSS. Kami telah menghasilkan 3 jenis kad iaitu kad pustakawan, kad pelajar dan kad guru & staff.

       Dimana kad tersebut dijadikan kad identiti SMKKKLIA dengan ciri imbas barkod. barkod adalah ic pelajar dibahagian depan kad serta gambar untuk kad guru, staf dan juga pustakawan. Pada bahagian belakang kad tersebut juga terdapat id frog vle serta katalaluan masing-masing.

contoh kad:
bahagian depan kad PSSBH

bahagian belakang kad PSSBH

  

Pelan PSS Baitul Hikmah

Pss  Smk Kompleks KLIA telah 16 tahun beroperasi yang dikendalikan oleh Pn Mas Ayu. Pada tahun 2016 En. Azudin telah diamanahkan untuk mentadbir pusat sumber sebagai GPM. Usaha Pn Mas Ayu dan AJK PSS pada 2015 telah berjaya mengadakan program Bacathon dimana untuk mengumpulkan dana bagi menaik taraf pusat sumber. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan sokongan seluruh warga SMK Kompleks KLIA. PSS telah berjaya mengutip dana sebanyak rm55k. Dengan jumlah tersebut pusat sumber ditukar wajah sepenuhnya dengan perabot dan suasana baru.

Program Bacathon : dana mentransformasikan PSS 

PSS mendapat nama Baitul Hikmah hasil dari pertandingan menamakan pss SMKKKLIA. PSS Baitul Hikmah bertempat ditingkat 2. Sebelum ini jumlah pengunjung pss sangat mendukacitakan dan ada cadangan untuk mengubah tempat PPSBH ke aras bawah tetapi tiada tmpat baru yang boleh dijadikan bilik pusat sumber. Faktor lain adalah disebabkan rekabentuk PSSBH yang unik dengan keadaan yang melengkung. Keadaan ini menyebabkan agak sukar untuk menempatkan perabut, susunan rak buku, bilik akses dan unit-unit lain dalam pss.
Pelan lantai PSS Baitul Hikmah

Friday, June 9, 2017

Panduan Tempah Bilik-Bilik Khas


Disini disediakan panduan tempahan eBilik dalam bentuk video ringkas supaya memudahkan urusan penempahan dan rujukan bersama.
video

Pamplete PSS Baitul Hikmah



eBIlik inovasi tempahan bilik-bilik khas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
PSS Baitul Hikmah akan memperkenalkan sistem tempahan bilik-bilik khas (eBilik). Sistem ini dibangunkan oleh En. Azudin untuk menguruskan tempahan bilik secara berpusat dan boleh dikendalikan secara atas talian.
Rajah menunjukkan antara muka utama eBilik

Nama guru-guru telah disimpan dalam pangkalan data dan para guru hanya perlu aktifkan untuk membuat log ID dan katalaluan. 
Rajah menunjukkan 5 modul dalam eBilik

sistem ini masih lagi dalam mode penambahbaikan dan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa. Menurut Azudin(2016) dari kajian pembinaan sistem tempahan bilik-bilik khas (eBilik) dalam PdP terhadap kepuasan pengguna mendapati bahawa dari segi aspek reka bentuk, aspek teknikal, aspek mesra pengguna dan aspek kepuasan pengguna adalah pada nilai min purata yang tinggi dimana sistem  ini memberi impak positif kepada guru-guru SMK Kompleks KLIA.