#htmlcaption1 Go UP! Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Thursday, August 4, 2016

Sejarah Penubuhan PSS SMKKKLIA

Video berikut merupakan sejarah penubuhan pusat sumber sekolah SMKKKLIA dari tahun 1998 sehingga kini. Mari kita sama-sama saksikan.
video

SMK Kompleks KLIA (SMKKKLIA) ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jun 1998 dengan menumpang di bangunan SK Kompleks KLIA. 

Guru perintis SMKKKLIA seramai 19 orang yang terdiri daripada pengetua pertama, Encik Abdul Hamid bin Akub, GPK Akademik pertama, Pn. Hjh. Norhayati, GPK HEM pertama, Pn. Sakdiah bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum pertama, Pn. Sarinah bt. Hashim dan 15 orang guru.

Pada 1 Mac 2000, SMKKKLIA mula beroperasi di bangunan sendiri. Bangunan SMKKKLIA telah dirasmikan pada 10 Julai 2004 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Pada 26 mei 2017 BAITL HIKMAH diasaskan hasil cetusan idea pengetua SMKKLIA Pn Hjh Aini untuk mentransformasikan pss sekolah tersebut agar menyediakan perkhidmatan yang selesa selaras dengan misi sekolah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.


(WAJAH BARU PUSAT SUMBER SMKKKLIA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BAITUL HIKMAH)

Untuk Baitul Hikmah berdiri seperti hari ini, pelbagai usaha diharungi untuk memastikan  pusat sumber ini menyediakan pelbagai sumber ilmiah untuk kegunaan semua warga SMKKKLIA. 

 =============================================================

 VERSI ENGLISH
  
SMK Kompleks KLIA (SMKKKLIA) was officially established on June 16, 1998 aboard in building SK Kompleks KLIA.

SMKKKLIA pioneer teacher of 19 people consisting of the first principal, Mr. Abdul Hamid bin Akkub, GPK's first Academic, Pn. Hajah. Norhayati, GPK HEM first, Pn. Sakdiah bt Abdul Rahman, the first curriculum GPK, Pn. Sarinah bt. Hashim and 15 teachers.

On March 1, 2000, SMKKKLIA began operating in its own building. SMKKKLIA building was inaugurated on July 10, 2004 by the Chief Minister of Negeri Sembilan Darul Khusus, Honorable Dato 'Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

On May 26, 2017 Baitul Hikmah founded brainchild of Ms. Hajah Aini SMKKKLIA’s principal to transform the school's resource center that provides services in accordance with the school's mission to provide a conducive learning environment.

(SMKKKLIA NEW LOOKED LIBRARY WHICH IS NOW WELL KNOWN AS BAITUL HIKMAH)


To Baitul Hikmah stands as today, efforts from everybody are demand to ensure that plagued the resource center provides a variety of scientific sources for use by all citizens SMKKKLIA.


Perasmian PSS Baitul Hikmah SMKKKLIA



1. Pengenalan
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik,minat para pelajar untuk mengunjungi  Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa.Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk menganjung Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.


2.  Tujuan
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu  wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

3. Objektif
i.Menggunakan dana program bacathon untuk mentransformasikan pusat sumber yang lebih kondusif,selesa dan menarik.
ii.Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
iii.Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.

4. Perasmi


5. Senarai jemputan yang hadir:

1. NUR EDLEEN EZZATY BT.MAT ZAKI - Xentral methods
2. MOHD ASARI B.HASHIM - NYDP PIBG SMKKKLIA
3 . MOHD HANAFIAH B. MAT DOM - AJK PIBG SMKKKLIA
4.  ABD TALIB B. NAIM KU-PUSAT SUMBER IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
5.  SITI SUMAIYYA BT.SALIM - GURU PERPUSTAKAAN SK KOMPLEKS KLIA
6.  ZALEHA BIBI BT.MOHAMED - PENYELARAS PUSAT SUMBER SK KOMPLEKS KLIA
7.  FAIZ AL-SHOHAB - XENTRAL MENTHODS
8. SYED IRFAN - XENTRAL MENTHODS
9. ASP MAT GHANI B. TATU - PDRM/BALAI POLIS NILAI
10. SJR.ZULKARNAIN BIN SAFAR - PDRM/BALAI POLIS NILAI
11. ISMAIL ABU NOH - PERSATUAN PENDUDUK KOTA SERIEMAS
12. NORLIA SAYUTI - PERSATUAN KOTA SERIEMAS
13. SAFURA ABD.RAHIM - PERSATUAN KOTA SERIEMAS
14. NORAINI BT.MD DIN - PPD SEREMBAN
15. NASARUDDIN A.HAMID - YAP PIBG
16. MOHD IZADD FADZLI B.MOHD KAMAL - PKG NILAI
17. ABDULLAH YUSSUF - BTPN NS
18. SYAFIA BIN ABU - BIMB NILAI
19. MUHAMAD ASYRAF ZAZALI MUSTHAFA - BANK ISLAM
20. NOR AZURA BT. ABU BAKAR - GPM SMK BANDAR ENSTEK
21. PN. SHAMSIAH MOHD SHARIFF - SMK BANDAR ENSTEK

6. Gambar - Gambar Perasmian
a. sebelum perasmian
 b. semasa perasmian

Thursday, July 28, 2016

KHIDMAT BANTU PSS

TEMPAT: SMK KOMPLEKS KLIA
TARIKH: 17-18 MEI 2016

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi dalam melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat tersebut PSS mestilah memainkan peranan yang amat penting. Pengurusan PSS mestilah dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, Khidmat Bantu PSS mesti dilaksanakan untuk menjadikan PSS sebagai nadi seperti yang diharapkan.

OBJEKTIF

Khidmat bantu ini diadakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai:
  • Meningkatkan pengurusan PSS dalam proses teknik buku bagi pengurusan bahan buku fiksyen dan buku bukan fiksyen
  • Meninkatkan pengurusan PSS dalam pengurusan fizikal (susun atur dan keceriaan) aplikasi ICT
  • Meningkatkan pengurusan PSS dalam pengurusan dail meja, fail kuasa dan fail pusat sumber
Gambar Khidmat Bantu

Rajah 1: Gambar keadaan PSS sebelum Khidmat bantu

Rajah 2 : Aktivi Khidmat Bantu bersama En. Izzad PKG Nilai

Rajah 3 : Keadaan Ceria Selepas Khidmat Bantu dijalankan 

Bulan PSS dan KM1M

Bulan PSS Berkolaborasi dengan Bulan Bahasa 2016
TEMPAT: SMK KOMPLEKS KLIA
TARIKH: 23 MAC 2016 - 20 APRIL 2016

Pusat Sumber Sekolah SMK Kompleks KLIA sentiasa menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca, kemahiran maklumat, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis dan kemahiran teknolgi maklumat serta mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, PSS juga berperanan mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian akademik sekolah. Stersunya bagi menyemarak dan memupuk tabiat membaca secara berterusan dan membolehkan pelajar menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup, PSS juga menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, PSS SMK Kompleks KLIA meneruskan Program Bulan PSS pada tahun ini kerana keberkesannya selaras dengan Falsafah Pendidkan Kebangsaan.

OBJEKTIF
  1. Menarik perhatian pelajar SMKKKLIA untuk memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan PSS.
  2. Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kemahiran mereka dengan menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang program.
  3. Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dan minat membaca.
  4. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sedia ada.
  5. Menjelaskan kepada warga sekolah kepentingan menghargai buku.
  6. Menanamkan semangat kerjasama dan tanggungjawab ke atas diri guru-guru dan pelajar.
Aktivi Sempena Bulan PSS dan Bulan Bahasa:
  1. Majlis Pelancaran Kem 1 Malaysia peringkat sekolah
  2. Pertandingan membina Laman Frog VLE(pelajar)
  3. Promosi buku
  4. Peraduan teka silangkata/Crossword Puzzle 
  5. Bijak Bahasa/Permainan Bahasa
  6. Pertandingan Berbalas Pantun 
  7. Pertandingan Sahibba 
  8. Bookworm
 

Kem Membaca 1 Malaysia 2016
TEMPAT: DEWAN SMK KOMPLEKS KLIA
TARIKH: 4-6 APRIL 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2016 merupaka salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabuat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. KM1M telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M Tahun 2016 akan dilaksanakna bermula dari 4 hingga 6 April 2016

Gambar semasa KM1M

       
 Rajah 1 : masa berjalan             Rajah 2 : guru turut serta       Rajah 3 : Pembacan di dewan
selama 2016 saat                         membaca                                dan juga bilik darjah




PROSES TEKNIK BAHAN BUKU

TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH
TARIKH: 28 JANUARI 2016

Guru yang terlibat ialah:
  1. Pn. Badariah bt Azizan (GPM)
  2. Pn. Noridayu bt Rahman 
  3. Pn. Norazah bt Abd. Hamid
  4. Pn. Maimun bt Zainal Abidin
  5. Pn. Norma bt Mohd Nor
  6. Pn. Bashirah bt Ramlee
  7. Pn. Norlela bt Ismail
  8. Pn. Norliza bt Ali
  9. Pn. Siti Rafhana bt Abdul Kadir
  10. Pn. Mas Ayu bt Mustapa
Pada hari ini, guru-guru didedahkan dengan cara teknik pemprosesan bahan buku. Hal ini demikian kerana, didapati ramai dalam kalangan guru pusat sumber masih tidak mahir dengan teknik pemprosesan buku. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh Puan Mas Ayu binti Mustapa selaku Guru Perpustakaan Smk Kompleks Klia.
        Antara, aspek yang ditekankan ketika taklimat ialah, guru-guru perlu mengenalpasti jenis buku, label buku, kategori buku dan akhir sekali guru diberi peluang untuk memproses buku tersebut. Kursus ini dilihat sebagai salah satu wahana terpenting dalam mempermudahkan pemprosesan buku seandainya semua guru dapat didedahkan dengan teknik pemprosesan yang betul.

LDP PERANCANGAN STRATEGIK 2016


TEMPAT: INSTITUT AMINUDDIN BAKI, BANDAR ENSTEK
TARIKH: 4/1/2016-5/1/2016

Kursus Perancangan Strategik kali ini melibatkan semua Pihak Pentadbir,Ketua Panitia dan juga Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu, Pusat Sumber SMK Kompleks KLIA telah diwakili oleh Pn.Badariah bt Azizan(Guru Perpustakaan dan Media) serta Pn. Mas Ayu bt Mustapa(Guru Perpustakaan).

Sepanjang tempoh kursus tersebut, setiap bahagian telah diajar cara membuat perancangan strategik yang betul dan bersesuaian dengan bidang masing-masing. Antara penceramah yang memberikan taklimat adalah Pn. Hjh Aini bt Mohd Salehuddin(Pengetua SMK Kompleks KLIA) dan Pn Ain bt Ahmad (Setiausaha Akademik).

Rajah 1: Pn Hjh. Aini sedang memberikan taklimat berkaitan perancangan strategik

Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari dan bertempat di Institut Aminuddin Baki,Bandar Enstek.

PSS ORIENTASI TINGKATAN 1 2016

TEMPAT: DEWAN SMK KOMPLEKS KLIA 
TARIKH: 5 JANUARI 2016

      Pada hari ini telah diadakan suatu perjumpaan bersama dengan pelajar tingkatan 1sempena minggu orientasi sekolah. Pusat sumber telah diwakili oleh Pn. Badariah bt Azizan GPM (Guru Perpustakaan dan Media) untuk memberikan taklimat berkaitan pusat sumber sekolah.

      Antara aspek yang ditekankan ialah berkaitan perpustakaan dan program nilam. Selain itu, pelajar juga didedahkan berkaitan dengan organisasi pusat sumber sekolah, cara peminjaman dan pemulangan buku, bahan-bahan yang terdapat dalam pusat sumber serta program galakan membaca yang amat sinonim dengan nilam. GPM telah menerangkan tentang aspek nilam amat diberikan perhatian pada tahun ini. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk mencapat sasaran nilam sekurang-kurangnya dua puluh buah buku bacaan setahun. Pelajar juga telah didedahkan dengan anugerah nilam serta Rakan Pembaca supaya pelajar lebih terdorong untuk memilikinya.

      Pada akhir slot, beberapa aktiviti kuiz telah dijalankan. Sebanyak 10 soalan berkaitan perpustakaan dan nilam telah ditanya kepada pelajar. Respon amat menggalakkan serta pelajar juga memberikan kerjasama ketika berlangsungnya taklimat ini

 Rajah 1: Pn. Badariah sedang memberikan taklimat berkaitan Program Nilam

Rajah 2: Orientasi pelajar tingkatan 1 di dewan